Alecia di musim pertama Alecia_Testarossa

Alecia ialah anak kandung Precia Testarossa. Mereka hidup bahagia sehingga Alecia meninggal dunia pada usia lima tahun, berpunca daripada letupan bom di tempat siasatan ibunya. Precia amat sibuk dengan tugasnya sebagai Alchemist @ Ahli Kimia. Kadangkala, Precia terpaksa mengabaikan Alecia kerana terpaksa menyiapkan projeknya, menyebabkan Alecia amat kesunyian. Kematian Alecia yang tragis menyebabkan Precia yang tidak dapat menerima kenyataan dan telah menjadi gila. Precia mengawet tubuh Alecia dalam balang kaca dan mengabdikan hidupnya untuk mendapatkan Jewel Seed, yang boleh membawanya ke Al Hazard, iaitu sebuah tempat legenda yang dapat membangkitkan kembali Alecia.

Precia menggunakan DNA Alecia untuk mencipta klon yang disebut sebagai Projek Fate untuk mengumpul Jewel Seed. Fate testarossa telah diterapkan dengan memori Alecia. Oleh itu, Fate mengganggap Precia sebagai ibu kandungnya. Fate telah disalahgunakan untuk kepentingan Precia. Fate diseksa sekiranya gagal mengumpulkan Jewel Seed. Namun, Fate tetap setia dan sayang akan ibunya. Pada episod akhir musim pertama, Fate dikejutkan dengan kewujudan Alecia di dalam balang kaca. Detik itu, Fate telah tahu, akan hal yang sebenarnya. Oleh itu, Fate memutuskan untuk memulakan hidup baru. Alecia merupakan Mage @ Ahli sihir yang berada di tahap average @ sederhana, berbanding Fate yang berada di tahap S+ ranked yang tinggi.